Thursday, January 20, 2011

sistem pesanan ringkas (SMS)




Perubahan rentas zaman menuju arus kemajuan membawa sekali nilai teknologi yang mencakup semua aspek kehidupan mesyarakat. Antara bahan teknologi yang wajib dimiliki oleh masyarakat kini ialah telefon bimbit. Fungsinya sebagai medium komunikasi menjadikan bahan elektronik ini menjadi alatan atau gadget penting. Walaupun pada masa dahulu, telefon bimbit ini lazimnya hanya dimiliki oleh golongan kelas atasan seperti ahli perniagaan, ahli politik dan sebagai tetapi situasi ini tidak lagi berlaku pada masa kini. Segenap lapisan masyarakat daripada pelbagai hierarki memiliki telefon bimbit ini sebagai suatu keperluan.

            Penggunaan telefon bimbit secara meluas dalam masyarakat telah menyebabkan penyalahgunaan bahasa terutamanya bahasa yang disampaikan melalui medium tulisan. Antara masalah yang saya maksudkan itu ialah penggunaan tulisan singkatan ketika menghantar pesanan ringkas. Saya sertakan situasi untuk mengukuhkan lagi masalah sosiolinguistik yang berlaku ini.

Ketika aku menantikan kawanku di bawah sebatang pokok, aku lihat telefon bimbitku menerima satu mesej daripada kawan yang aku kenali. Aku pun membaca mesej itu. Isi mesej itu berbunyi :

“ai, wtpe 2? Dh mkn?
Aku pun berfikir dalam senyap, beginilah bahasa melayu yang diringkaskan seringkas yang mungkin semata-mata untuk menjimatkan duit topup mereka. Kalau fenomena bahasa ini berleluasa, maka bahasa melayu akan hilang serinya.


Ulasan:
Jika dilihat daripada aspek bahasa, fenomena ini akan membawa kesan negatif terhadap ketamadunan bahasa Melayu itu. Keindahan bahasa tidak dianggap penting lagi kepada masyarakat Melayu khususnya dan Malaysia umumnya. Penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan ringkas ini juga digunakan dalam penulisan karangan dalam kalangan kanak-kanak di sekolah. Semua ini berlaku disebabkan mereka terbiasa dan menganggap bahawa cara penulisan itu tidak salah kerana tiada siapa menegur kesalahan mereka.
            Selain itu, penggunaan kebiasaan penulisan mesej ringkas ini juga menyebabkan sesuatu maklumat yang ingin disampaikan itu tidak dapat difahami oleh penerima. Ini kerana golongan dewasa tidak memahami simbol yang digunakan oleh penghantar mesej itu terutamanya oleh golongan remaja kerana mereka sering menggunakan singkatan yang hanya diketahui oleh golongan mereka sahaja. 

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Topik yang sangat menarik sehingga membuat saya tertarik untuk membacanya dari awal sehingga ke penghujung hujah cikgu Rozzy.

    Pada pendapat saya, penggunaan telefon bimbit pada masa kini seharusnya perlu dikaji semula. Hal ini kerana, alatan atau "gadget" ini tidak sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Lihat sahaja, kini murid-murid sekolah rendah juga sudah ramai yang memiliki telefon bimbit sendiri. Inilah yang menyebabkan cara penulisan karangan mereka lemah terutamanya dalam ejaan.

    Alangkah baiknya jika terdapat alatan yang murah dan sesuai digunakan oleh masyarakat yang berfungsi seperti telefon bimbit tetapi menggunakan sistem pesanan yang menggunakan tulisan dan ayat yang lengkap serta tidak membenarkan penggunaan singkatan perkataan seperti "ai,wtpe 2,dh, mkn". Oleh itu, masalah penggunaan singkatan perkataan dalam penulisan dapat diatasi.

    ReplyDelete