Saturday, January 22, 2011

Ponsikau


Ponsikau


Diriku seorang yang menggemari cabaran dan suka menjelajah ke sesuatu kawasan. Banyak pengalaman dapat dikutip apabila kita berada di sesebuah kawasan baru kerana setiap kawasan mempunyai budaya hidup yang berlainan. Setiap kelainan budaya itu lazimnya disebabkan persekitaran masyarakatnya seperti asal-usul, struktur ekonomi dan bahasa mereka.

Aku dan nana sedang membayar di kaunter pembayaran. Jurukira wang di kaunter pembayaran itu tersenyum melihat aku. Setelah aku selesai membayar barang  yang aku beli itu, jurukira itu pun berkata “ Ponsikau”.  Aku yang tidak memahami maksud perkataan itu hanya tunduk diam sahaja tanpa memberi sebarang respon. Nana kemudiannya berkata kepada ku.  Jurukira itu mengucapkan terima kasih dalam bahasa dusun. Aku pun tersenyum dan membalas dengan ucapan “ sama-sama dan maaf”.

Ulasan:
Budaya setiap bangsa lazimnya berbeza walaupun mempunyai sedikit perbezaan. Perbezaan yang paling ketara ialah daripada aspek bahasa. Setiap bangsa atau kaum mempunyai bahasa pertuturan yang tersendiri. Seseorang individu  harus mengetahui budaya dan bangsa sesebuah kawasan sebelum berpindah ke sesuatu kawasan. Perbezaan ini juga akan mewujudkan kepelbagaian bangsa dan budaya yang menambahkan keunikan Malaysia sebagai negara majmuk. Atas dasar hormat ini jugalah negara kita dapat dikongsi oleh pelbagai etnik dan kaum tanpa berlakunya peperangan seperti negara luar yang lain. 




No comments:

Post a Comment