Wednesday, February 9, 2011

Latahku


Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa diri seorang yang cepat melatah. Bila disergah oleh kawan-kawan mesti mulut akan mengeluarkan kata-kata yang terucap di luar kawalan si penutur. Kadang-kadang perbuatan itu menyebabkan diri mereka menjadi malu.  Ini adalah fenomena bahasa yang sering berlaku di mana-mana tempat dan tidak mengira golongan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, latah bermaksud seseorang (biasanya perempuan) tidak sedar apa yang dilakukan, mengikut perbuatan atau suruhan orang lain tanpa sengaja kerana terperanjat. Jika dilihat daripada aspek bahasa, kebiasaannya seorang pelatah akan mengeluarkan bahasa yang kurang baik seperti bahasa kotor, kesat dan lucah. Semua perkataan itu keluar secara automatik dan diluar kawalan diri mereka.

                         Sewaktu aku sedang berjalan ke dewan kuliah. Aku bertembung dengan sekumpulan pelajar lelaki. Mereka tengah rancak berbual tapi aku tidak pasti perkara yang menjadi tajuk perbualan mereka. Tiba-tiba dari arah belakang, seorang kawan mereka menyergah kawannya yang sedang sibuk berbual. Secara tidak sengaja orang yang disergah itu berteriak dan tersebut “opocot, mak engkau…sial”. Kawan-kawan yang lain pun mentertawakan kawannya itu. Muka lelaki itu kelihatan malu dan kemerahan memandang aku.

Ulasan: Kita harus peka dengan masalah bahasa ini. Kadang kala kita menggangap perkara ini boleh dikawal. Walhal latah adalah sejenis penyakit yang sukar diubati. Masalah yang paling kritikal juga ialah latah ini akan berjangkit sekiranya seseorang yang melatah berada di sekitar kita dan secara tidak sengaja akan meniru perbuatannya

No comments:

Post a Comment