Wednesday, February 9, 2011

Pertindihan Makna

Pertindihan makna ini mungkin berlaku akibat pertembungan banyak bahasa daerah atau loghat.Tambahan pula, Malaysia merupakan negara yang majmuk. Pelbagai kaum berkongsi hidup di dalamnya. Variasi kaum ini juga  melibatkan pecahan pelbagai dialek yang berasal daripada satu rumpun induk yang sama tetapi mempunyai komuniti penutur yang berlainan tempat dan persekitaran telah menghasilkan pelbagai bahasa yang berbeza. Maka situasi perkongsiaan satu makna yang sama tetapi berbeza sebutan tidak mustahil akan berlaku. Pertindihan makna ini bermaksud mempunyai sebutan yang sama tetapi makna semantik atau pragmatik yang berbeza. Kadang-kadang disebabkan oleh pertindihan makna ini, kesalahfahaman akan berlaku. Suatu situasi yang terjadi kepada diri saya ialah :

Aku terkeliru dengan perkataan mengidam. Dalam benakku perkataan itu hanya ditujukan kepada perempuan hamil yang menginginkan sesuatu. Kawan serumahku mengatakan dia mengidam mahu makan buah nenas. Aku pun membuat anggapan bahawa dia telah kahwin dan sedang mengandungkan anak sulung. Lalu aku menelefon ibuku di kampung dan menyatakan perasaaan pelik itu kerana aku pernah terbaca satu info. Info tersebut menyatakan bahawa perempuan yang hamil tidak digalakkan untuk memakan nenas kerana boleh membahayakan kandungan. Apabila aku bertanya dengan kawan serumahku, rupanya dia tidak mengandung. Perkataan  mengidam itu bermaksud teringin sangat untuk makan sesuatu.

Ulasan  :   Seperti yang telah dinyatakan di atas, pertindihan makna ini sering dilakukan oleh orang luar daripada komuniti yang baru berkenalan dengan budaya dan bahasa komuniti tersebut. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, seseorang itu harus mengkaji latar belakang bahasa dan budaya masyarakat tersebut. Banyakkan bertanya dan carilah seorang yang mempunyai pengetahuan luas tentang bahasa sebagai tempat rujukan. Pertambahan kosa kata baru akan membawa kelebihan kepada seseorang ketika berada di sesuatu tempat.

No comments:

Post a Comment