Wednesday, February 9, 2011

Terputus Bahasa, Terhapus Budaya


Makna bagi kedua-dua perkataan tersebut saling melengkapi antara satu sama lain. Ini kerana setiap bahasa akan mempunyai budayanya tersendiri. Dilihat daripada skop negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, kita mengetahui bahawa bahasa Melayu berpegang dengan budaya kemelayuaannya manakala masyarakat berbahasa cina pula mempunyai budaya hidup yang berbeza berbanding masyarakat Melayu. Bahasa membentuk budaya tertentu. Seandainya sesuatu bahasa itu mula hilang penuturnya, maka tidak hairanlah mungkin suatu hari nanti budaya bangsa itu juga akan pupus. Situasi ini mungkin berlaku disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah perkhawinan campur antara dua kaum yeng berbeza, maka mereka memilih untuk menggunakan bahasa dominan dalam masyarakat, seseorang itu tidak membesar dalam komuniti penutur bahasa asalnya dan tidak mendapat pendedahan tentang budaya dan bahasa asal penutur.
        Dalam situasi kelas, aku dan kawanku berbincang tentang bahasa. Kami saling memberi pendapat tentang kepentingan pengekalan budaya dan bahasa jati. Oleh sebab kami adalah generasi yang lahir akibat perkahwinan campur antara dua budaya berbeza, maka kami rasa bersalah terhadap budaya jati kami. Bagi menerangkan situasi saya meletakkan tiga watak iaitu aku, A dan B.
Aku :       A, awak berasal dari suku kaum apa?. Aku suku kaum Bajau campur Bisaya
A     :        Aku pun hasil daripada perkahwinan campur iaitu Kaum Bugis dan Banjar. Kedua-dua kaum ini mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza tapi aku tidak tahu pun mengujarkan bahasa kaumku itu.
C   :        Aku orang dusun asli. Aku tahu bahasa dusun dan kebudayaan dusun. Mak ayah aku bertutur menggunakan bahasa dusun di rumah.
Aku :       Baguslah tu. Jangan jadi macam kami yang tidak mengetahui bahasa jati diri.
Ulasan  :   Tugas mengekalkan bahasa dan budaya adalah tugas setiap masyarakat bagi memastikan budaya jati tidak musnah ditelan dek perubahan zaman yang semakin maju. Situasi ini mungkin akan berlaku suatu hari lagi jika tiada pihak yang berusaha mengekalkan bahasa dan adat budaya melayu.

No comments:

Post a Comment