Wednesday, February 9, 2011

Sebutan atau Bercakap Terlalu Laju


Cara penyampaian maklumat yang terlalu cepat sehingga menyukarkan kita menanggap maklumat akan menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan itu gagal. Penggunaan medium penyampaian seperti percakapan haruslah diberi perhatian serius kerana mekanisme penyampaian idea banyak disalurkan menggunakan cara ini. Ramai pengguna bahasa memandang enteng perkara ini. Masalah yang timbul apabila penutur bercakap terlaju cepat ialah maklumat yang disampaikan di salah tafsir, perhatian pendengar berkurangan terhadap maklumat yang disampaikan dan pendengar akan bertanya berkali-kali untuk memastikan maklumat yang diperolehinya betul. Situasi yang saya maksudkan pernah saya lalui.

Sekarang giliran aku untuk menjalankan sesi pengajaran mikro di dalam dewan kuliah. Dalam hatiku hanya Allah sahaja yang mengetahui debaran ini. Oleh sebab terlalu gementar, aku tidak perasan cara penyampaian aku salah. Aku bercakap terlalu laju sehingga kawan-kawanku tidak faham perkara yang ingin aku sampaikan. Di akhir pengajaran dan pembelajaran, salah seorang rakan penilai mengulas cara pengajaranku. Dan dia berkata “ Rozie… awak bercakap terlalu laju sehingga sukar bagi pelajar memahami butir kata dan maklumat yang awak ingin sampaikan”. Itulah yang akan berlaku sekiranya kita bercakap terlalu laju.

Ulasan : Dalam situasi masyarakat, masalah ini sering berlaku. Faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi ialah persekitaran penutur itu yang terbiasa bercakap dengan laju atau emosi penutur ketika ingin menyampaikan sesuatu maklumat. Contohnya, ketika seseorang tengah gementar, percakapannya akan lebih laju daripada biasa. Kita mesti berusaha untuk membetulkan cara kita bercakap kerana perkara ini akan mempangaruhi maklumat yang ingin disampaikan.

No comments:

Post a Comment