Friday, March 18, 2011

Adat Bertamu

Ketika berada dalam kelas, kami membicarakan tentang adat budaya yang diterapkan dalam sesebuah keluarga. Isu yang dibincangkan ialah budaya bertamu ke rumah orang lain. Kami sependapat cara didikan ibu bapa tentang adat bertamu adalah sama. Semua golongan ibu bapa ingin melihat anak yang dilahirkan, tahu adat dan budaya bersopan walau dimana sahaja mereka berada supaya mereka disukai oleh masyarakat sekeliling,

            Antara pesanan yang selalu dikatakan ialah :
  • jaga berlakuan kamu ketika berbual
  • jangan menggunakan bahasa yang kasar
  •   hormati tuan rumah


              Itulah antara pesanan yang disampaikan oleh golongan tua. Saya pasti, pesanan ini diwarisi oleh generasi sebelum mereka. Budaya Melayu mementingkan budi bahasa dan kesopanan ketika bertandang ke rumah tetamu. Bahasa yang baik dan meninggikan tuan rumah, akan membuatkan tuan rumah berasa senang apabila kita bertandang. Inilah budaya yang diperturunkan dan dijaga sehingga kini. Hal ini kerana, melalui pergaulan yang baik antara masyarakat akan membina hubungan kemasyarakatan yang erat “ bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.

No comments:

Post a Comment