Ramai orang keliru dengan penggunaan bahasa yang berbeza daripada ejaan yang sebenar. Kadang-kadang mereka tertanya-tanya kenapa kejadian itu boleh terjadi adakah disebabkan bahasa pinjaman?. Saya sendiri terkeliru ketika menyebut perkata-perkataan tersebut kerana sudah menjadi kebiasaan ketika mendengar orang lain menyebut perkataan tersebut.
Kebiasaan inilah yang akan merosakkan bahasa Melayu. Andai kesalahan sebutan ini tidak dibetulkan, maka konsep sebutan perkataan ini akan sentiasa salah dan berterusan kepada generasi Melayu yang akan datang. Contoh :
Alumni : Alumnai
Dialek : Dailek
Negatif : Negetif
Universiti : Yuniversiti
Kepada sesiapa yang telah membaca entri ini, marilah kita berbahasa dengan betul. Janganlah terpengaruh dengan bahasa luar yang ingin merosakkan bahasa kita sendiri.
No comments:
Post a Comment