Friday, March 18, 2011

Tersasul Bahasa

Salam pertemuan…
Terkenang satu peristiwa yang berlaku di dalam kelas. Saya ialah seorang pelajar yang suka bercakap. Pelbagai isu yang dibincangkan setiap kali mulut mula mengatur ayat bagi mengujarkan perkataan yang dirasakan sesuai berasaskan konteks komunikasi yang terbentuk pada suatu ketika. Kadang kala disebabkan kebecokan itu, saya menyedari bahawa saya sering melakukan kesalahan bahasa. Lidah terasa terbelit ketika menyebutkan sesuatu perkataan. Antaranya ialah sebutan sup menjadi shuup. Mungkinkah kesilapan sebutan ini terjadi disebabkan lidah dan bibir sudah terlalu penat digunakan sehingga menyebabkan perkataan yang diujarkan tersalah sebut oleh penutur

            Terbelit lidah bagi menyebut beberapa perkataan adalah perkara biasa yang berlaku dalam perbualan. Pernah juga terjadi ketika sedang asyik berbual, ketika kita hendak mengatakan sesuatu tetapi otak seakan kosong sehingga kita tidak mengetahui perkataan mudah yang ingin kita ujarkan tadi. Saya sertakan satu situasi sebagai contoh:

Di dalam kelas subjek wajib pendidikan, saya tengah sibuk berbual dengan kawan sekuliah. Dalam kebecokan itu, tiba-tiba kawan saya seolah-olah tidak tahu perkataan yang ingin dinyatakannya ketika itu. walhal, perkataan itu biasa digunakan dalam berbualan seharian.
A : Panas sangatlah hari ini. Tengok muka aku sudah mengelupas disebabkan sang matahari.
B : Betul sangat apa yang kau katakan itu.
B: Aku ada satu produk kecantikan yang boleh mengelakkan masalah muka seperti yang kau alami.
A : Ya, apa tajuk produk itu?
B : Tajuk?
A : Alamak salah pula, aku nak cakap jenama tu. Maaf tersalah cakap pula.

            Perkara itulah yang terjadi pada diri saya. Pada pendapat saya, kesilapan ini berlaku kerana otak terlalu banyak memproses perkataan sehinggakan penghantaran maklumat tersilap. Dalam keadaan yang penuh emosi seperti suka, sedih dan marah, kadang kala kita kehilangan kata-kata disebabkan kekeliruan yang berlaku dalam otak. Kawallah emosi anda kerana dengan emosi yang tenang akan melahirkan bahasa yang betul dan indah.

No comments:

Post a Comment