Friday, March 18, 2011

Guru

Melangkah masuk ke dewan kuliah, membuatkan otakku tertanya-tanya pelajaran apakah yang bakal aku tempuhi hari ini? ilmu itu akan membawa pengetahuan yang bagaimana? untuk apakah ilmu itu aku ketahui?. Ternyata hari itu, aku belajar satu lagi istilah baru. Alhamdulillah bertambah lagi ilmu dan kosa kata bahasa aku pada hari ini. Sesuai sangat dengan cita-citaku untuk menjadi seorang guru. Guru adalah pekerjaan yang mulia selain daripada memberi ilmu kepada pelajar, guru juga menjadi model ikutan mereka.

            Disebabkan itulah kita dapat lihat budaya berbahasa dan perlakuan guru selalunya baik dan menyenangkan pelajar. Dalam berpakaian, guru wanita menggunakan baju kurung yang ringkas dan menutup aurat. Ini mencerminkan pekerti baik yang ada dalam diri cikgu tersebut. Bahasa yang baik, tersusun rapi dan mesra tertanam dalam diri guru kerana segala perlakuan mereka diperhatikan oleh pelajar.

            Seseorang yang tidak pandai berbahasa, selalu menggunakan bahasa yang kesat ketika berkomunikasi dan menunjukkan peribadi yang tidak baik kepada masyarakat tidak layak memegang tanggungjawab mulia ini. Pembentukan insan yang berjati diri baik bermula di sekolah kerana pendedahan yang dialami oleh remaja tersebut. Budaya sekolah yang ceria dan sihat harus menjadi matlamat kepada pihak pengurusan sekolah. Mulianya jasamu guru, tanpamu aku tidak mengenal erti kehidupan hakiki. Terima kasih guruku…

No comments:

Post a Comment