Friday, March 18, 2011

Mengumpat

Kebiasaannya kita menyatakan kaum wanita adalah golongan yang dikaitkan dengan budaya mengumpat tetapi saya tidak setuju dengan pernyataan itu. Setiap golongan masyarakat tidak akan dapat lari daripada melakukan kesalahan ini sama ada golongan tua, golongan muda, lelaki mahupun perempuan ada sahaja isu yang diumpatkan. Budaya mengumpat ini tidak baik diamalkan kerana ia akan menyebabkan perselisihan faham dan pergaduhan antara masyarakat.

            Kadang kala, bukan niat dihati seseorang itu untuk melakukannya. Niatnya hanyalah sekadar untuk meluahkan perasaan kepada seseorang tetapi isi cerita yang disampaikan itu berunsur umpatan. Bahasa yang digunakan ketika mengumpat berbunyi memburuk-burukan seseorang, merendah-rendahkan kebolehan dan menjatuhkan air muka orang yang kena umpat. Bagi menerangkan situasi ini dengan lebih jelas, saya sertakan satu situasi.

Kejadian ini berlaku di majlis kenduri di kawasan kampung. Ramai orang datang untuk membantu bagi memudahkan kerja tetapi disebalik kemeriahan itu, akan ada golongan yang mengumpat.
A        : Kau tahu, pengantin tu khawin sebab berbadan dua tau.
B        : Iyakah ? Macam mana kau tau ?
A        : Ala… jiran dia yang beritahu aku
B        :Oooo….  berita panas ni, aku kena sebarkan cerita ni kat Bedah.

No comments:

Post a Comment