Monday, March 14, 2011

Lain Padang, Lain Belalang

Saya selalu terfikir dan membandingkan cara peruturan seseorang ketika proses komunikasi berlaku. Kehidupan sebagai seorang pelajar universiti membuatkan saya menjadi matang dalam menilai individu yang berlainan ragam. Kita seharusnya berusaha menjadi seorang yang adil dalam memberi penilaian sewaktu berkenalan dengan seseorang yang kita baru kenali. Janganlah menilai mereka daripada aspek luaran sahaja seperti peribahasa “ jangan menilai buku daripada muka depan sahaja”.

            Persekitaran seseoranglah yang membentuk majoriti sikapnya. Pada pendapat saya, seseorang yang membesar dan hidup di kawasan bandar yang sentiasa sibuk akan menggunakan bahasa yang kurang sopan sedikit. Keadaan ini berlaku kerana kesibukan bandar, tekanan hidup yang dihadapi dan juga pengaruh hiburan yang tertumpu di kawasan itu. Namun, semua itu dapat ditangani dengan cara, ibu bapa menerapkan unsur agama dan sopan santun kepada anak-anak bermula daripada usia yang muda lagi kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

            Berbanding dengan suasana kampung, persekitaran yang aman dan tenang akan menjadikan seseorang itu mempunyai perwatakan yang baik seperti lembut ketika berbicara dan tingkah laku yang sopan. Ini kerana, persekitaran masyarakatnya yang suka mengambil berat antara mereka. Tambahan pula, masyarakat kampung amat mementingkan hubungan siratulrahim bagi mewujudkan suasana yang sentosa.

No comments:

Post a Comment