Wednesday, March 16, 2011

Singkatnya singkatan itu

Bertemu kembali kini dalam ruangan ilmu ini. Niat dihati semoga ilmu yang saya sampaikan ini dapat dikongsikan bersama. Andai terdapat kesilapan, tegurlah saya kerana diri ini adalah insan lemah yang cetek pengetahuannya. Pertemuan kali ini saya akan mengupas isu berkaitan kata singkatan.

            Singkatan dalam bahasa Melayu dikenali sebagai akronim. Akronim adalah sejenis singkatan yang dihasilkan dengan menggabungkan huruf dan suku kata dalam urutan dua kata atau lebih. Secara amnya, akronim digolongkan sebagai kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi. Maksud proses morfologi ialah boleh mengalami proses pengimbuhan, proses penggandaan dan sebagainya. Antara akronim yang diketahui umum dan biasa digunakan dalam perbualan seharian ialah :

            Pawagam         : gabungan bagi perkataan panggung, wayang, gambar.
            UPSI               : Universiti Pendidikan Sultan Idris

Masalah yang wujud dalam aspek penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat masa kini ialah menggunakan singkatan yang sukar difahami oleh orang lain. Perkara ini berlaku disebabkan singkatan atau akronim itu wujud hasil ciptaan sendiri maka penggunaannya tidak diiktiraf. Orang lain yang mendengar singkatan tersebut tidak faham maksud disebalik singkatan yang digunakan. Antara contoh singkatan yang pernah saya dengar ialah :

Pon                  : singkatan bagi pondan
Get’s               : Getek ( perkataan dialek sabah yang bermaksud perempuan yang gedik)

Jika dilihat daripada aspek yang positif, penggunaan singkatan dalam masyarakat menunjukkan masyarakat peka dengan penggunaan bahasa tetapi daripada sudut negatif pula akan membawa masalah salah faham pengertian dalam bahasa. Oleh itu, berpada-padalah sekiranya mahu menyingkatkan sesuatu perkataan. Biarlah singkatan itu mudah difahami oleh semua golongan masyarakat.

No comments:

Post a Comment